GE1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
  • Kumpulan Saya
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri/Keluarga
  • MOTIVASI

refleksi saya

REFLEKSI MENGENAI APA YANG DIPELAJARI MELALUI TUGASAN YANG DIBERIKAN BERPANDUKAN TUGASAN DI WEEBLY GE1155

JOHOREAN

MINGGU KE-14


Assalammualaikum W.B.T& Salam 1 Malaysia

     Alhamdulillah akhirnya sudah masuk minggu ke-14 bagi subjek GGGE1155 Komputer dalam Pendidikan. Minggu ini merupakan kelas terakhir di dalam subjek ini terasa sedih kerana semestar seterusnya tiada lagi subjek ini  kerana subjek ini merupakan subjek kegemaran saya. Subjek ini banyak membantu saya dalam mempelajari kemahiran-kemahiran dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Syukur Alhamdulillah pada minggu ke 14 ini saya telah dapat mempelajari bagaimana hendak menggunakan Microsoft Excel dengan lebih terperinci lagi. Tambahan pula, saya telah diajar  oleh pensyarah Dr Siti Fatimah Mohd Yassin untuk tujuan pembelajaran. Seterusnya, pengertian Microsoft Excel adalah program aplikasi pada Microsoft Office yang digunakan dalam pengolahan angka. Program ini sering digunakan untuk menulis atau mencatat pengeluaran dan kemasukan dalam sesuatu perusahaan atau suatu lembaga mahupun organisasi yang kecil atau yang besar. Program ini juga boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah untuk tujuan merekod prestasi murid-murid berdasarkan keputusan atau data yang telah dikumpulkan sepanjang tahun. Tambahan pula, Microsoft Excel juga sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menulis atau mencatat kewangan dalam kehidupan seharian mereka seperti membuat belanjawan bulanan. Hal ini kerana, Microsoft Excel merupakan salah satu program yang dapat memudahkan urusan dalam pengurusan kewangan. 



MINGGU KE-13

Assalammualaikum W.B.T & Salam Pendidik
    Bersyukur kepada yang Maha Esa kerana masih diberi nikmat kesihatan agar dapat lagi saya meneruskan pembelajaran saya di UKM ini dan bersyukur kerana tidak lagi mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun cuaca yang sentiasa hujan pada waktu petang dan sedikit terganggu aktiviti petang.  Minggu sudah masuk minggu ke-13 dan tinggal minggu depan sahaja iaitu minggu ke-14 untuk kami menyelesaikan segala tugasan sebelum "study week" dan menghadapi peperiksaan bermula 29 Disember. Begitu cepat kan masa berlalu dan semestar 1 akan melabuhkan tirai. Alhamdulillah selesai sudah saya dan kumpulan saya menghasilkan sebuah video dalam tugasan 7 dan pada minggu ini kami perlu membentangkannya. Video kami mengenai kemahiran abad ke-21 boleh dilihat di YouTube dengan tajuk "KEMAHIRAN ABAD KE 21". atau tekan di link ini http://www.youtube.com/watch?v=dnuvZbgL4Jw .. Pada minggu ke-13 ini merupakan minggu pembentangan video-video yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan dan Alhamdulillah kami telah selesai membentangkannya. Saya berharap dengan penghasilan video ini dapat membantu rakan-rakan saya dan orang ramai faham apa itu "Kemahiran Abad Ke-21".

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ke-13. Terima Kasih kerana sudi mengunjungi weebly saya
Picture
VIDEO KEMAHIRAN ABAD 21



MINGGU KE-12

Assalammualaikum W.B.T& Salam Pendidik
      Alhamdulillah berjumpa kita kembali di minggu ke-12 dan saya harap anda semua berada dalam keadaan sejahtera disamping bersama keluarga tersayang. Pada minggu ini saya dan kumpulan saya akan menghasilkan sebuah video yang bertajuk "Kemahiran Abad ke-21". Video ini dihasilkan berdasarkan tajuk diberi oleh pensyarah kami iaitu Dr Siti Fatimah. Selain itu, elemen-elemen yang akan saya gunakan di dalam video seperti audio, video dan teks ialah hasil pendapat dan cadangan oleh rakan-rakan saya yang lain yang telah saya perolehi melalui respon di forum weebly GE1155 Computer in Education. Bagi menghasilkan video tersebut saya telah menggunakan perisian http://www.powtoon.com/ yang telah saya pelajari di youtube. Perisian ini sangat menarik berbanding perisian moviemaker kerana perisian ini menyediakan pelbagai bentuk rekaan video yang menarik. Perisian itu juga kita tidak perlu muat turun kerana kita hanya perlu mendaftar sahaja di web dan juga yang menarik ialah kita boleh hubungkan dengan facebook ataupun gmail. Oleh itu saya telah memilih perisian ini bagi menghasilkan video saya ini.. Selain itu, perisian ini sangat mudah dikendalikan dan menyediakan tutorial kepada yang baru pertama kali menggunakannya. Seterusnya, perisian ini juga menyediakan pelbagai rekaan video yang menarik dan ini telah membantu saya memberi idea-idea untuk memilih rekaan saya. Seterusnya video yang berjaya saya hasilkan telah saya muat naik di youtube dan weebly saya di bahasian tugasan 7.

Sekian refleksi minggu ke-12. Terima kasih
Picture
APLIKASI POWTOON BAGI MENGHASILKAN VIDEO


MINGGU KE-11

PicturePERBINCANGAN DI WEEBLY FORUM GE1155 COMPUTER IN EDUCATION

Assalammualaikum, Selamat sejahtera dan Salam 1 Pendidik,
     Nampaknya sudah masuk minggu ke-11 saya dalam kelas komputer dalam pendidikan ini, Minggu ke-11 ini kami sudah masuk ke tugasan yang 7 iaitu tugasan kedua terakhir sebelum kami melakukan tugasan ke-8 iaitu tugasan terakhir. Tugasan ke-7 ini kami diarahkan membina sebuah video berdasarkan tajuk yang diberi pada tugasan 2. Oleh itu saya dan kumpulan saya akan membina sebuah video yang bertajuk 'Kemahiran Abad ke-21'. Sebelum membina video tersebut kami diminta membincangkan elemen-elemen yang perlu dimasukkan  di dalam video kami nanti. Saya telah memilih forum weebly GE1155 Computer in Education sebagai medium untuk saya membincangkan topik elemen-elemen yang perlu ada di dalam multimedia iaitu video yang akan kami bina. Perbincangan ini sangat membantu saya agar saya dapat membina sebuah video yang menarik dan dapat mengongsi mengenai kemahiran abad ke-21 kepada rakan-rakan sekalian. Seterusnya kami perlu membincangkan story board dan skrip berdasarkan tajuk saya pada tugasan 2 iaitu 'Kemahiran Abad ke-21. Sampai sini sahaja refleksi saya pada minggu ke-11. Sekian 
                          

MINGGU KE-10

Assalammualaikum w.b.t
     Wah sungguh pantasnya masa berlalu  meninggalkan kita semua kerana sudah masuk minggu ke-10 saya di dalam kelas komputer dalam pendidikan ini dan pelbagai ilmu dan kemahiran yang saya perolehi hasil pembelajaran di dalam komputer dalam pendidikan yang akan saya gunakan di masa akan datang dalam profesion perguruan saya. InsyaAllah. Amin..Minggu ke-10 semakin menarik tugasan yang diberikan . Di minggu ke-10 ini tugasan ke-6 saya dan kumpulan saya akan membina satu brosur menggunakan Microsoft Publisher. Saya dan kumpulan saya telah membina brosur dengan menggunakan prinsip Casper dengan menggunakan unsur teks, bentuk, imej dan warna yang menarik  yang saya pelajari pada minggu ke-5 tugasan 3. Sekarang barulah saya faham mengapa kami diminta pelajari kemahiran-kemahiran ini kerana kemahiran ini akan kami gunakan  di tugasan yang lain. Selain itu, kemahiran ini akan saya gunakan di masa hadapan kerana saya mengambil profesion perguruan dan di masa depan dunia yang semakin maju kehadapan akan menyebabkan pelajar-pelajar yang mahir dalam ICT. Ini memerlukan pendidik yang lebih mahir dalam ICT  dan berkemahiran abad ke-21. Di dalam brosur ini akan saya masukkan pengetahuan mengenai kemahiran abad ke-21. Berikut merupakan brosur yang saya dan kumpulan saya buat.

MINGGU KE-9

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t
     Pada minggu ke-9 ini merupakan minggu untuk saya dan kumpulan saya menyediakan laporan penuh tugasan kami iaitu kemahiran abad ke-21. Kami akan menggunakan Google Docs untuk menyediakan laporan kami ini. Kami memilih Google Docs untuk membuat laporan supaya saya  dapat  berkongsi dengan ahli kumpulan saya yang lain tanpa perlu berjumpa kerana bukan setiap masa kami dapat berjumpa antara ahli kumpulan kerana masing-masing berlainan kolej. Didalam laporan saya ini  kami akan memasukkan maklumat mengenai kemahiran abad ke-21  dan hasil analisis borang soal selidik yang kumpulan kami sediakan di dalam minggu ke-6 dan kumpulan kami telah analisis borang soal selidik  tersebut pada minggu ke-8. 
Picture
LAPORAN KEMAHIRAN ABAD KE 21

MINGGU KE-8

Assalammualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Salam Pendidik
     Bertemu kita lagi di minggu ke-8 bagi subjek komputer dalam pendidikan ini. Di minggu ke-8 ini akan saya kongsikan apa yang  saya pelajari pada minggu ini. Dalam minggu ke-8 ini masih lagi melakukan tugasan ke-5 iaitu kami diminta ditugaskan membuat analisis soal selidik yang kumpulan saya bina mengenai kemahiran abad ke-21. Bagi menganalisis soal selidik yang kumpulan saya bina, saya telah merujuk internet sebagai rujukan saya mempelajari cara-cara menganalisis  borang soal selidik saya. Data yang kami perolehi akan kami analisis dan menukar kepada bentuk jadual dan graf dan diletakkan di laporan penuh kami di minggu ke-9 nanti. Hasil daripada apa yang saya pelajari saya telah pandai untuk menganalisis data mentah daripada soal selidik yang kumpulan saya sediakan bagi melengkapkan tugasan mengenai kemahiran abad ke-21. Bagi borang soal selidik yang kumpulan saya sediakan, kami telah mendapat maklum balas seramai 75 orang. Hasil maklum balas seramai 75 orang ini akan kami analisis dan dimaksukkan di dalam laporan penuh bagi tugasan kami di minggu hadapan iaitu minggu ke-9. Sampai disini sahaja refleksi saya di minggu ke-8. Sekian terima kasih

Picture
ANALISIS RESPON SOAL SELIDIK KEMAHIRAN ABAD KE 21


MINGGU KE-7

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam satu Malaysia,
    Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi nikmat untuk bernafas lagi untuk kita semua bertemu lagi walaupun hanya melalui laman sosial. Masuk minggu sudah minggu ke-7 saya barada di dalam kelas GE1155 Komputer dalam pendidikan dan Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengemaskini refleksi saya dalam minggu ke-7 ini. Di minggu ke-7 kami diberi tugasan yang kelima. Dalam tugasan yang lepas kami diajar untuk membina borang soal selidik bagi membantu menyiapkan tugasan kami dan meletakkan link soal selidik kami di weebly forum GE1155 Komputer dalam pendidikan. Di dalam tugasan ke-5 ini kami diminta untuk masuk ke forum weebly di url 
http://ge1155.weebly.com/forum.html#/20141103/soal-selidik-atas-talian-4349007/ bagi menjawab borang selidik yang dihasilkan oleh setiap kumpulan-kumpulan yang lain. Seperti kumpulan kami kami juga telah meletakkan link borang soal selidik kami https://docs.google.com/forms/d/1soHxCrpyozKXc8NEh58Aqjle2thOhOBMPaoqhVtE5bo/viewform?usp=send_form/ weebly forum agar dapat dijawab oleh pelajar lain. Setelah mendapat maklumbalas daripada respondan-respondan  saya telah membuat analisis data dengan merujuk internet. Hasil analisis ini akan saya gunakan untuk laporan tugasan berkumpulan saya iaitu 'Kemahiran Abad ke-21'. Saya telah mendapat maklumbalas seramai 39 orang dan hasil daripada soal selidik saya akan saya analisis dan dan digunakan di dalam laporan saya pada minggu ke- 8 nanti.
Sekian sahaja refleksi saya untuk minggu ke-7.
Picture
HASIL SOAL SELIDIK KEMAHIRAN ABAD KE 21



MINGGU KE-6

PictureBORANG SOAL SELIDIK KEMAHIRAN ABAD KE 21
Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t
      Syukur kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang kepada saya mengemas kini weebly saya ini yang sudah masuk minggu ke 6 subjek GGGE 1155 Komputer dalam pendidikan. Pada minggu ke-6 ini saya dan kumpulan saya telah membuat pencarian mengenai tajuk tugasan kami iaitu Kemahiran Abad Ke 21 melalui enjin pencarian google. Sebelum ini kami juga diajar oleh Dr Siti Fatimah menggunakan GoogleBooks iaitu aplikasi untuk mencari bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan buku untuk digunakan bagi menyiapkan tugasan kami. Oleh itu saya dan rakan-rakan menggunakan peluang ini untuk mencari bahan-bahan untuk digunakan di dalam tugasan kemahiran abad ke 21 yang perlu kami siapakan. Selain itu, saya dan kumpulan saya menggunakan googleform hasil daripada pembelajaran yang lepas untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai bagi membantu menyiapkan tugasan ini. Saya merasakan googleform ini sangat membantu saya untuk membuat borang soalselidik bagi mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai. Saya telah membuat satu borang soal selidik bagi mendapatkan maklumbalas daripada orang supaya dapat mambantu saya menyiapkan tugasan yang diberi. Borang soal selidik saya terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat diri manakala bahagian B mengenai kemahiran abad ke 21. Saya hanya kemukakan 11 soalan sahaja dan mempunyai pilihan jawapan dan saya telah mempelajari cara-cara membina soalan-solan borang soalselidik yang mudah agar tidak mengelirukan orang ramai. Dibawah merupakan link bagi borang soaselidik yang telah saya bina. Sekian sahaja perkongsian saya didalam minggu ke 6.















MINGGU KE-5

Assalammualaikum w.b.t
     Sekejap rasanya sudah masuk minggu-5 rupanya saya dalam subjek komputer dalam pendidikan. Rasa macam baru semalam mendaftar masuk ke UKM ini tetapi harus sedar sekarang masa semakin pantas berlalu. Semakin lama semakin mencabar tugasan yang kami terima namun bimbingan daripada Dr Siti Fatimah yang banyak membantu kami semua, kami dapat melakukannya.
     Pada minggu ini kami diberi arahan membentuk kumpulan seramai 3 orang bagi satu kumpulan dan diberi tajuk yang berbeza untuk kami lakukan kajian. Bagi kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang iaitu saya, Muhammad Yasiir Bin Hamdan dan Ahmed Danniel Bin Mohamad Mohta telah diberi tajuk mengenai Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills. Kami diminta membuat kajian mengenai tajuk ini bersama-sama. Selain itu, kami dimaklumkan bahawa kami perlu membentangkan kajian kepada rakan kami yang lain mengenai tajuk kajian ini. Hal ini kerana setiap kumpulan mendapat tajuk yang berbeza-beza maka kami semua perlu membantangkan tajuk masing-masing  agar kami semua dapat mempelajari semua tajuk. Dengan cara ini kami akan mendapat banyak ilmu kerana setiap kumpulan yang mendapat tajuk berbeza akan membentangkan tajuk mereka maka kami tidak perlulah membuat kajian untuk kesemua tajuk tersebut. Dengan cara begini kami akan dapat mempelajari dengan lebih pantas dan cepat. Selain itu, kami dimaklumkan mengenai konsep CASPER iaitu panduan kepada kami untuk membuat presentation yang menarik untuk tugasan yang diberikan. Hasil daripada pembelajaran konsep Casper ini saya dapat idea bagaimana mencipta satu persembahan presentation yang menarik.
     Kami diberi arahan untuk memulakan tugasan mulai minggu ini dan mencari bahan-bahan kajian kami. Hasil daripada pembelajaran saya pada minggu-minggu yang lepas mengenai perisian-perisian terbaru, saya merasakan bahawa perisian-perisian tersebut akan menyenangkan saya untuk membuat kajian ini dan berhubung dengan ahli kumpulan saya yang lain. Sebagai contohnya, googledocs dan gmail akan kami gunakan untuk berkongsi maklumat yang kami terima antara satu sama lain tanpa berjumpa kerana kami berlainan kolej. Ini sahaja refleksi saya pada minggu ke-5 dan akan saya mengemas kini refleksi saya pada minggu ke-6 pada minggu hadapan jika diberi umur yang panjang. InsyaAllah

Sekian Terima kasih
Picture
RUJUKAN KONSEP CASPER


MINGGU KE-4

Assalammualaikum w.b.t kepada pembaca blog saya sekalian
    Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa bersama keluarga tersayang. Bagaimana persiapan anda semua menyambut perayaan terbesar bagi umat Islam seluruh dunia selain Hari Raya Aidilfitri iaitu Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Ahad ini iaitu  5 September. Mengapa ia dianggap perayaan yang penting kerana Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
     Baiklah saya akan meneruskan dengan refleksi saya pada minggu ke-4 subjek GGGE1155 komputer dalam pendidikan. Pada minggu ke-4 ini kami menerima arahan daripada Dr. Siti Fatimah bahawa kelas dibatalkan dan akan diganti ke satu tarikh yang lain tetapi Dr meminta kami untuk meneroka sendiri atau mencari bahan sendiri mengenai kajian yang akan kami jalankan mulai minggu ke-5.
Sekian terima kasih.
     

Picture



MINGGU KE-3

Assalammualaikum  w.b.t 

    Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menulis  mengenai refleksi saya dan kepada anda juga kerana dapat membaca lagi entri dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjung blog ini . 26 September  merupakan minggu ketiga saya di dalam kelas GGGE 1155 iaitu subjek komputer dalam pendidikan. Pada minggu lepas kami semua telah diperkenalkan dan diajar menggunakan aplikasi-aplikasi yang terbaru yang telah diperkenalkan oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin iaitu pensyarah bagi kelas kami iaitu Sukan dan Rekreasi 2 kepada kami seperti Gmail, GoogleDrive, Dropbox dan Weebly. Pada minggu ini pula kami dikehendaki membuat kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-4 orang dan diminta mendapatkan maklumat mengenai Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) dengan menggunakan enjin pencarian.

Banyak yang telah saya perolehi mengenai apa itu CMS/LMS . Berikut adalah sumber-sumber yang saya perolehi dan diringkaskan supaya saya lebih memahami apa itu CMS/LMS. Mari kita terokai bersama-sama.

Apa itu LMS/CMS ?
     Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System/ Course Management System merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institut-institut tinggi . Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran
bestari.

Kepentingan sistem ini ?
     Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti.Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.

     Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan  sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet.Tanpa capaian internet sistem ini tidap dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif.HaL ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online.

     Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaian perenggan,menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi.Sebagai contoh talian,kelas maya dan program pengajar yang dipimpin  yang dapat menilai proses pembelajaran khusus.

     Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota.Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini. Malahan,mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan. Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka.

      Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu Gmail  group,facebook group dan blog.

     Kelebihan bagi pelajar yang menggunakan sistem ini ialah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian, boleh di akses dimana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet, pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa memerlukan perjumpaan, hanya diatas talian sahaja, menampung keseluruhan proses pembelajaran.

     Oleh itu saya merasakan Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) ini merupakan satu aplikasi yang dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran tidak kira peringkat rendah mahupun tinggi. Selain itu, aplikasi dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien. Kesimpulannya aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang sangat berguna dan bagus yang perlu digunakan di setiap institut-institut pendidikan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah.

Sekian Terima kasih

MOHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN AMINUDDIN
KOS SUKAN DAN REKREASI
FAKULTI PENDIDIKAN
A150120
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  
Picture

MINGGU KE-2

Assalammualaikum  w.b.t

    Sebelum saya berkongsi pengalaman saya yang dah masuk minggu ke-2 bagi subjek GGGE1155 Komputer dalam Pendidkan izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama diberi Mohammad Amirul Faiz Bin Aminuddin dan saya merupakan pelajar kos Sukan dan Rekreasi tahun 1. Didalam kos sukan dan rekreasi ini saya perlu mengambil subjek ini iaitu subjek komputer dalam pendidikan. Sebenarnya saya amat berminat untuk mempelajari subjek ini kerana saya merasakan dunia sekarang merupakan dunia teknologi dan segala urusan melibatkan penggunaan komputer sebagai medium. Oleh itu saya sangat teruja untuk mempelajari subjek ini bagi menambah dan memperbaiki kemahiran saya menggunakan komputer disamping mempelajari perkara-perkara baru berkaitan komputer.

     Minggu pertama bagi subjek ini kami hanyalah diperkenalkan secara umum mengenai subjek ini iaitu apakah subjek ini, untuk apa, diperkenalkan pensyarah-pensyarah yang akan mengajar kami dan kepentigan subjek ini. Pada minggu pertama ini kami belum lagi diajar secara terperinci mengenai subjek tetapi hanya diperkenal kan apa itu subjek komputer dalam pendidikan. Di dalam minggu pertama ini selepas diberi taklimat saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk menunggu ke-2 untuk memulakan kelas kami dan mula belajar dangan lebih mendalam mengenai komputer. Kami diberi taklimat mengenai aplikasi-aplikasi baru yang akan diajar kepada kami seperti googledrive, dropbox dan weebly. Aplikasi-aplikasi merupakan aplikasi yang belum saya lihat atau dengar sebelum ini. Oleh itu membuatkan saya sangat teruja untuk mempelajari aplikasi-aplikasi ini, Di akhir taklimat ini kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan saya merupakan kumpulan Sukan dan Rekreasi 2 ( SR2).

      Jumaat 19 September merupakan kelas pertama kami bagi subjek ini dan kami akan mula mempelajari dengan lebih mendalam mengenai komputer. Pensyarah yang akan mengajar untuk kumpulan SR 2 merupakan Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan beliau seorang yang tegas tetapi baik. Perkara pertama yang kami perlu lakukan ialah kami perlu mendaftar akaun gmail menggunakan nama kami sendiri sebagai email dan bagi yang sudah ada akaun gmail tetapi tidak menggunakan nama sendiri seperti putera katak atau puteri lilin perlu membina yang baru. Hal ini kerana kami dimaklumkan nama email kami melambangkan identiti seseorang itu jika ingin memohon pekerjaan di masa hadapan. Maka kebanyakkan  daripada kami perlu membina akaun gmail yang baru kerana tidak menggunakan nama sendiri. Selepas membina akaun yang baru kami diminta membuat signature di bahagian tetapan dan kegunaan signature adalah sebagai pengenalan kami apabila kami menghantar email kepada seseorang. Di dalam signature kami diminta meletakkan nama, fakulti, kos dan no telefon dan mengahantar kepada alamat email ge1155@yahoo.com iaitu email pensyarah kami. Selepas selesai membina akaun gmail yang baru dan signature kami diperkenalkan dengan aplikasi yang baru seperti googledrive dan dropbox. Pada awalnya kami tidak tahu apakah itu googledrive dan dropbox retapi selepas diberi penerangan barulah kami tahu bahawa aplikasi tersebut merupakan satu aplikasi yang terdapat banyak kelebihan. Antara kelebihannya ialah kami dapat menyimpan segala maklumat ataupun fail di dalam aplikasi tersebut dan ia juga bertindak seperti pemacu mudah alih (pendrive) dan ia bertindak sebagai 'backup file' jika pendrive kita hilang atau rosak. Selain itu juga, kelebihan aplikasi ini  ialah kita dapat berkongsi fail atau dokumen dengan orang yang kita kehendaki tanpa perlu berjumpa tetapi hanya perlu menghantar menggunakan aplikasi ini.

      Seterusnya kami diberi satu 'username' dan 'password' untuk aplikasi weebly akan akan diperkenalkan kepada kami. Weebly merupakan satu aplikasi seperti blog yang perlu kami bina dengan tunjuk ajar Dr. Siti Fatimah. Secara jujurnya saya teringin mencipta dan mempunyai blog saya sendiri tetapi saya tidak pandai untuk membinanya dan di dalam kelas komputer dalam pendidikan ini saya diberi tunjuk ajar untuk membinanya. Saya rasa sangat gembira kerana dapat mempelajarinya. Di dalam weebly ini kami diberi penerangan dengan lebih jelas mengenai weebly dan kami diminta membuat 3 pages iaitu  mengenai refleksi diri, tugasan dan biodata diri. Melalui aplikasi ini saya dapat belajar cara-cara membina blog saya sendiri hasil daripada bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah kami. Sampai sini sahaja coretan saya sepanjang 2 minggu pertama di dalam kelas subjek komputer dalam pendidikan. Walaupun hanya 2 minggu tetapi banyak yang telah saya pelajari dan tidak menunggu kelas-kelas yang akan datang.

Sekian terima kasih
Picture
SIGNATURE YANG DIBUAT



MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama, semua prasiswazah UKM yang mengambil kursus GE1155 diminta berkumpul di Dewan Budiman, Fakulti  Pendidikan untuk diberi penerangan menegenai GE1155 komputer dalam pendidikan oleh Dr Fariza Binti Khalid mengenai kursus Ge1155 ini

Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.