بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ya Allah
Haramkanlah wajah ibuku dan ayahku dari disambar oleh api neraka. Kurniakan buatnya syurga tanpa hisap
Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW serta sekalian Ahli Baitnya. Dan dengan merekalah kita sentiasa peroleh syafaat dan manfaat yang baik sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Semoga kita terus beramal dan beribadah kepada Allah S.W.T
Keistemawaan Berpuasa Sunat
Amalan puasa sunat sangat dituntut dalam Islam untuk mengharapkan keredaan, keampunan serta mendekatkan diri kepada-Nya. Puasa sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa jika seseorang itu berkemampuan kecuali pada hari diharamkan atau makruh untuk berpuasa. Puasa sunat amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW khususnya pada hari Isnin dan Khamis. Berpuasa juga dapat mendidik nafsu marah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram. Puasa juga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasa ia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain. Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan.
Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran seperti disebut dalam satu riwayat: “Orang yang berlapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya.” Puasa sunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasa sunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup. Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia di akhirat kelak.
Sumber :
Anisah Ibrahim - Berita Harian 11/06/2013
Sumber :
Anisah Ibrahim - Berita Harian 11/06/2013
Allah SWT Merahsiakan (tarikh terjadinya) Hari Kiamat Di Dalam Semua Hari
Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat bermulanya hari kiamat. pasti hamba-hambanya tidak dapat menempuh hari dengan lebih sempurna, mereka akan hilang akal dan tanpa mahu melakukan sebarang pekerjaan. Begitulah bertapa luasnya ilmu Allah Yang Maha Pencipta yang hanya merahsiakan beberapa perkara disisi-Nya supaya kita sebagai hamba sentiasa berwaspada dan beramal soleh dalam kehidupan yang dipinjamkan. Hanya ilmu dan perbuatan yang bermanfaat sahajalah yang berkekalan dan dapat membantu kita di alam barzah dan akhirat nanti.
Sumber :
http://www.mohdazrul.net/2012/10/3-cara-untuk-istiqamah-dalam-ketaatan.html
Sumber :
http://www.mohdazrul.net/2012/10/3-cara-untuk-istiqamah-dalam-ketaatan.html
Cara Untuk Istiqamah Dalam Ketaatan
Menjaga Mata, Telinga dan Mulut Tiga. pancaindera ini merupakan pancaindera utama yang membentuk peribadi seseorang manusia. Dengan mata, kita dapat melihat alam ini dan mempelajari pelbagai perkara yang dapat kita lihat. Dengan bantuan telinga, manusia dapat mendengar dan memberikan respon terhadap apa yang disuarakan dan dimaklumkan kepada kita. Dengan mulut pula, kita dapat berinteraksi sesama manusia dan dapat menzahirkan segala keinginan dengan cara melafazakannya melalui mulut. Kata Habib Ali Al Jurfi, hendaklah kita menjaga tiga perkara ini daripada melakukan kemungkaran kepada Allah. Mata yang dikurnaikan Allah ini janganlah digunakan untuk melihat kepada perkara yang haram. Begitu juga dengan telinga, janganlah mendengar kepada perkara yang haram, perkara yang keji, atau mendengar keburukan orang lain.
Mulut yang dikurniakan Allah hendaklah dipelihara dari bercakap perkara yang sia-sia, menyakiti hati orang lain, berbohong, mengumpat, memfitnah dan bercakap perkara yang melalaikan. Manusia yang dapat menjaga tiga pancaindera ini daripada perkara mungkar yang tidak disukai Allah, maka hatinya akan diberihkan, seterusnya dia akan dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sesunggunya, hati yang kotor kerana perbuatan tiga anggota ini merupakan antara asbab utama kita tidak mampu istiqamah di dalam ketaatan. Hati yang kotor lebih mudah untuk cenderung kepada maksiat dan sangat berat untuk melakukan ketaatan kerana tiada nur iman yang menyinarinya.

Amal Jariah Yang Pahalanya Berterusan Walaupun Pelakunya Sudah Meninggal Dunia
Ilmu yang di sebarluaskan :
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah, universiti , kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, kursus motivasi, program dakwah dan tarbiah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan pendidikan Islam melalui artikal-artikal tazkirah samaada di facebook atau blog.
Harta yang disedekahkannya :
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)
Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah. Apa yang ditegah adalah sikap bakhil, kecintaan melampau terhadap nikmat dunia dan kurang peka terhadap golongan memerlukan bantuan. Sikap seumpama ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ sebenarnya tidak ada dalam kamus Islam.
Sumber :
https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/tujuh-amal-jariah-yang-pahalanya-berterusan-walaupun-pelakunya-sudah-meninggal-d/10151681727141040