Bismillahirrahmanirrahim ...
salam ukhwah Fillah ya ukhti , ya akhi .
salam ukhwah Fillah ya ukhti , ya akhi .
- Nama diberi Mohammad Amirul Faiz Bin Aminuddin . Saya berasal dari Batu Pahat, Johor . #anakBP.
- saya dilahirkan pada tanggal 1 Oktober 1994 di Hospital Kuala Lumpur. Sekarang, saya telah pun berusia 20 tahun .
- saya merupakan anak ketiga daripada 9 orang adik-beradik Encik Aminuddin Bin Abd Aziz dan Puan Alina Binti Mohd Saad .
- saya merupakan pelajar lepasan STPM di SMK Tinggi Batu Pahat
- sekarang , saya merupakan salah seorang Prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan .
- Ohh yaa.. saya merupakan pelajar dari Fakulti Pendidikan dan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sukan Dan Rekreasi) .
- saya mengambil sukan dan rekreasi kerana saya merasakan kos sukan ini sangat menarik kerana sambil kita belajar kita akan bersukan walaupun jika malas bersukan. Ini akan menjadikan kita cerdas dari segi minda dan cergas dari segi fizikal
- matlamat utama saya menceburi bidang ini adalah untuk merealisasikan cita-cita saya sejak di bangku sekolah lagi, iaitu untuk menjadi salah seorang warga pendidik bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam setiap aspek terutamanya berkaitan agama, akademik dan kokurikulum.
- Di UKM juga saya telah menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) iaitu merupakan sebuah badan beruniform polis kerana selain minat saya menjadi seorang pendidik saya turut menjadi seorang anggota polis kerana saya merasakan kerjaya seorang polis sangat hebat.
- " together we shine the special one " . sesungguhnya , saya adalah #pendosa_tanpa_noktah
- Perbaiki niat untuk melakukan kebaikan, barulah kita peroleh kasih sayang dan Rahmat dari Dia, Sang Pencipta .
- jaga diri, jaga hati, dan jaga Iman .
- Mari menjadi hamba, untuk rasa yang lebih sempurna . :)
- keep calm because Allah is always with you